Monday, March 24, 2008

POLITIKUS PARTIE DEUX

Salam,
Aku kembali menulis mengenai politik, kerana sekarang gelombangnya masih belum reda lagi.
Selepas tamatnya pilihanraya beberapa negeri telah bertukar pentadbirannya ,jadi mula berlaku kekeliruan politik di beberapa negeri. Perebutan kuasa dan pertelingkahan sesama sendiri sedang mula menghukum parti politik yang terlibat. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat yang memilih mereka. Berebut - rebut untuk memegang pucuk kepimpinan negeri menjadi agenda yang paling hangat sehingga berlaku pertelingkahan dengan pihak pemerintah yang paling tinggi di negeri/negara. Adakah mereka ini sanggup menderhaka kepada raja dan sultan negeri, beranikah mereka ? Itulah antara soalan yang difikirkan oleh aku yang hanya memerhati dari jauh sebagai seorang rakyat. Aku berharap agar semuanya pulih dan kita dapat kembali dari kekusutan yang melanda kancah politik negara. Insyaallah.. THE END.

No comments: