Monday, March 31, 2008

Taraf Hidup Membebankan?


Salam,
Hari ini aku ingin menulis mengenai taraf hidup di Malaysia, terutamanya di lembah klang. Aku dilahirkan dan dibesarkan di Lembah Klang. Aku bersekolah, beruniversiti dan belajar semuanya di Lembah Klang. Sudah 28 tahun aku hidup di sini. Aku memeng sudah masak dengan cara hidup di sini. Sekarang aku berkerja dengan sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur,bandar utama Malaysia. Dengan gaji yang aku terima sekarang adalah agak sukar untuk aku membuat simpanan masa depan, semuanya kerana taraf hidup yang tidak munasabah aku rasakan. Dengan gaji inilah aku membayar segala bil, sewa dan makan minum. Allah mengajar umatnya bersyukur, jadi aku tetap bersyukur walaupun duit tidak berapa nak cukup. Ini sebab aku masih boleh hidup di sini berbanding dengan nasib orang lain yang mungkin lebih teruk dari aku. Cuma di sini yang aku pelik mengapa taraf hidup tidak setaraf dengan gaji yang diberikan, walaupun kita tahu bahawa negara kita bukan negara miskin atau mundur. Mungkin hijrah itu penting, sebab itulah nabi kita Muhammad S.A.W pun pernah berhijrah, mungkin aku perlu keluar dari Lembah Klang ini untuk mencari peluang yang lebih sepadan dengan aku. Kadangkala aku terfikir mungkin duduk di kampung lebih tenang dari segala kekusutan di bandar. Insyaallah aku akan berhijrah jika berpeluang dan diizinkan Illahi. Wassalam.

No comments: