Wednesday, March 19, 2008

POLITIKUS PART I

Salam,
Sudah lama aku tidak menulis dalam blog ini. Terdetik aku hendak menulis kembali. Aku mungkin bukan dilahirkan sebagai penulis, tetapi sedikit sebanyak aku terbawa untuk menulis tentang; tahap politik tanahair. Walaupun aku tidak berminat pada politik, pilihanraya kali ini menyuntik semangat ingin memilih di kalangan rakyat malaysia dan juga aku sendiri untuk berfikir juga mengenai politik. Kerana sebab itu juga kita dapat melihat perubahan besar dalam keputusan pilihanraya. Negeri kelahiran aku juga sekarang diperintahi oleh pihak yang sebelum ini adalah pembangkang. Mungkin kerana terlalu banyak bentuk penyalahgunaan kuasa , korupsi dan taraf hidup memaksa rakyat berfikir semula lalu bertindak. Sebagai seorang manusia, kita tidak lari dari melakukan kesilapan, tetapi sampai bila kesilapan yang sama hendak dilakukan sehingga ianya menjadi barah dalam pemikiran rasional seseorang manusia. Jika kita lihat adanya bentuk penyelewenagan di depan mata adakah kita tetap ingin memilih jalan itu? Fikir - fikirkanlah..Duit mungkin diperlukkan untuk hidup tetapi perlulah diingat bahawa duit bukanlah segalanya..WASSALAM

No comments: